Penyelesaian Laman Web Profesional Mengangkat Imej Digital Perniagaan.
Saya menyediakan pakej pembangunan laman web yang direka khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan moden daripada laman ringkas untuk kempen pemasaran, sehinggalah ke sistem e-dagang dan tempahan atas talian yang komprehensif. Setiap laman dibina dengan rekaan grafik eksklusif, integrasi digital yang lancar, dan pengalaman pengguna yang dioptimumkan untuk desktop serta telefon bimbit.
PILIHAN PAKEJ:
Pakej 1: Landing Page.
1 halaman ringkas & berfokus untuk kempen pemasaran, iklan, atau promosi.
Pakej 2: Website Korporat Asas.
5 halaman profesional untuk memperkenalkan syarikat, perkhidmatan, dan portfolio.
Pakej 3: Website Korporat Premium.
10 halaman komprehensif dengan struktur maklumat lebih lengkap, sesuai untuk korporat dan organisasi besar.
Pakej 4: Website E-Dagang Asas.
Platform jualan online dengan sehingga 5 produk, ideal untuk bisnes kecil atau produk terpilih.
Pakej 5: Website E-Dagang Premium ATAU Tempahan Atas Talian.
Tiada had produk untuk Website E-Dagang Premium. Sesuai untuk perniagaan yang ingin berkembang secara agresif dalam pasaran digital.
Sistem tempahan tanpa had untuk Website Tempahan Atas Talian. Sesuai untuk bisnes restoran, klinik, spa, hotel, atau penyedia perkhidmatan.
Pakej 6: Website Premium Tanpa Had.
Laman web berskala besar tanpa had halaman, produk, atau tempahan. Solusi penuh untuk korporat dan syarikat yang memerlukan sistem digital menyeluruh.
Setiap pakej termasuk:
✔ Hosting & domain
✔ Reka bentuk grafik profesional
✔ Pautan media sosial & WhatsApp
✔ Paparan mesra desktop & telefon bimbit
✔ Konsultasi percuma
Dengan pendekatan strategik dan sentuhan kreatif, saya membantu syarikat membina kehadiran digital yang lebih berwibawa, berdaya saing, dan diyakini pelanggan.


PERTANYAAN LAZIM:
Soalan: Berapa lama masa diperlukan untuk siapkan laman web?
Jawapan: Laman web asas biasanya siap dalam 1-2 minggu. Projek yang lebih kompleks seperti e-dagang memerlukan 2-3 minggu bergantung kepada kandungan dan fungsi tambahan.
Soalan: Bagaimana proses pembangunan laman web?
Jawapan: Proses bermula dengan perbincangan konsep → rekaan mockup → pembangunan laman web → semakan pelanggan → pelancaran (go-live).
Soalan: Siapa yang sediakan teks dan gambar untuk laman web?
Jawapan: Pelanggan boleh sediakan sendiri, atau saya boleh bantu sediakan content & fotografi profesional dengan caj tambahan.
Soalan: Adakah terdapat pelan bulanan untuk penyelenggaraan?
Jawapan: Ya, saya tawarkan pakej penyelenggaraan bulanan yang merangkumi kemas kini, backup, dan sokongan teknikal.
Soalan: Bagaimana struktur pembayaran?
Jawapan: Diperlukan deposit 50% sebelum projek bermula dan baki 50% setelah laman web siap sepenuhnya.


Solusi Reka Bentuk & Digital Perniagaan Anda!
HUBUNGI SAYA: Hairul.
Email: hello@hnsfreelancer.com
© 2025. All rights reserved.

