PERTANYAAN LAZIM:

Soalan: Berapakah kos untuk khidmat rekabentuk hiasan dalaman?
Jawapan: Caj bermula sekitar RM5 – RM20 per kaki persegi bergantung kepada keluasan ruang, tahap kerumitan, serta pakej yang dipilih (konsep sahaja atau konsep dan bina).

Soalan: Berapa lama masa diperlukan untuk siapkan projek hiasan dalaman?
Jawapan: Projek kecil seperti satu ruang mengambil masa 2 – 4 minggu, manakala projek lengkap rumah atau pejabat boleh mengambil 1 – 3 bulan bergantung kepada skop kerja.

Soalan: Bagaimana proses kerja dijalankan?
Jawapan: Proses bermula dengan perbincangan bajet & konsep → lawatan tapak → penyediaan lakaran 2D/3D → pemilihan material & perabot → pelaksanaan ubah suai → serahan akhir.

Soalan: Adakah terdapat bayaran untuk lawatan tapak?
Jawapan: Percuma untuk kawasan Lembah Klang. Luar dari kawasan tersebut terdapat caj mengikut jarak kawasan.

Soalan: Bagaimana struktur pembayaran, penuh atau deposit dahulu?

Jawapan: Diperlukan 50% deposit sebelum kerja dimulakan, dan baki 50% setelah kerja disiapkan.

Transformasi Ruang, Tingkatkan Nilai Hidup.

Dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam industri reka bentuk hiasan dalaman, saya menawarkan khidmat profesional yang lengkap dan tersusun untuk memastikan setiap projek memenuhi aspirasi pelanggan.

Sesi perundingan percuma: memahami keperluan dan cita rasa pelanggan.

Lawatan tapak percuma di Lembah Klang: menilai potensi ruang secara menyeluruh.

Penyediaan lukisan pelan & 3D: visualisasi jelas sebelum projek dimulakan.

Penyediaan perincian lukisan: memastikan setiap butiran direalisasikan dengan tepat.

Pilihan sebutharga kontraktor (atas permintaan) akses kepada rangkaian kontraktor yang dipercayai.

Lawatan & laporan pemeriksaan projek (atas permintaan) kawalan kualiti yang teliti sepanjang proses pembinaan.

Fleksibiliti ditawarkan: pelanggan boleh memilih untuk mengambil pakej penuh atau hanya servis asas (1-5), sekiranya ingin menguruskan sendiri urusan kontraktor dan pemeriksaan projek.

Saya percaya setiap ruang adalah pelaburan jangka panjang. Dengan kepakaran yang telah terbukti, saya membantu mencipta bukan sahaja ruang yang indah, tetapi juga bernilai tinggi untuk masa depan.