Servis Reka Bentuk Grafik Profesional Memacu Identiti Perniagaan.
Saya menyediakan penyelesaian reka bentuk grafik yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan korporat dan pemasaran perniagaan. Setiap rekaan dihasilkan dengan sentuhan profesional, selari dengan imej syarikat agar tampil lebih berwibawa, konsisten, dan berkesan dalam menarik perhatian sasaran pelanggan.
SERVIS YANG DISEDIAKAN ADALAH:
🔹 Imej Korporat: Logo syarikat, kad perniagaan, profil korporat, borang rasmi, invois, cop mohor, kad pekerja, serta rekaan pakaian korporat yang meningkatkan kredibiliti organisasi.
🔹 Bahan Pemasaran & Promosi: Reka bentuk poster, bunting, banner, risalah, brosur, katalog produk, flyers promosi dan papan tanda untuk menonjolkan mesej perniagaan dengan lebih berstrategi.
🔹 Bahan Digital & Media Sosial: Visual media sosial yang kreatif dan penghasilan video promosi untuk meningkatkan engagement serta memperkukuh kehadiran digital jenama.
🔹 Identiti Jenama: Logo bersama panduan jenama, mockup produk, rekaan pembungkusan, label, kit media, dan ikon jenama yang membentuk identiti visual yang konsisten dan mudah dikenali.
Dengan pengalaman luas dalam industri reka bentuk, setiap projek dijayakan melalui pendekatan strategik, kreativiti tanpa kompromi, serta standard kualiti yang tinggi memastikan jenama perniagaan tampil profesional, kompetitif, dan berpengaruh di mata pelanggan.


PERTANYAAN LAZIM:
Soalan: Berapakah caj minimum untuk satu rekabentuk?
Jawapan: Harga bermula serendah RM50 bergantung pada jenis rekabentuk dan tahap kerumitan projek.
Soalan: Berapa lama masa diambil untuk siapkan satu rekabentuk?
Jawapan: Tempoh siap biasanya 3-7 hari bekerja bergantung pada jenis projek. Projek segera boleh disiapkan dalam masa lebih singkat dengan caj tambahan.
Soalan: Adakah servis termasuk percetakan atau hanya fail digital?
Jawapan: Secara asasnya, saya sediakan fail digital siap pakai. Namun, jika perlukan percetakan, saya boleh uruskan dengan caj tambahan.
Soalan: Bagaimana proses kerja dari mula hingga design siap?
Jawapan: Proses kami bermula dengan perbincangan konsep → penyediaan draft awal → semakan pelanggan → revisi (jika perlu) → penghantaran design akhir.
Soalan: Bagaimana struktur pembayaran, penuh atau deposit dahulu?
Jawapan: Kami memerlukan 50% deposit sebelum kerja dimulakan, dan baki 50% setelah design disiapkan.




Solusi Reka Bentuk & Digital Perniagaan Anda!
HUBUNGI SAYA: Hairul.
Email: hello@hnsfreelancer.com
© 2025. All rights reserved.

