

PERTANYAAN LAZIM:
Soalan: Platform apa yang anda uruskan?
Jawapan: Saya menguruskan pelbagai platform utama seperti Facebook, Instagram, TikTok dan X.
Soalan: Adakah servis termasuk respon komen dan mesej pelanggan?
Jawapan: Ya, saya boleh uruskan respon asas (community management). Namun, untuk soalan teknikal atau spesifik produk, pihak pelanggan perlu beri panduan.
Soalan: Bagaimana proses kerja dijalankan?
Jawapan: Proses bermula dengan audit media sosial → perbincangan objektif bisnes → penyediaan content plan bulanan → kelulusan pelanggan → penjadualan & penerbitan → laporan prestasi.
Soalan: Siapa yang sediakan content – pihak anda atau saya?
Jawapan: Kami akan sediakan grafik, video ringkas, dan copywriting. Pelanggan hanya perlu berkongsi maklumat asas bisnes, gambar produk, atau kempen promosi jika ada.
Soalan: Bagaimana struktur pembayaran?
Jawapan: Untuk bulan pertama:
50% deposit setelah persetujuan pakej yang diambil.
50% baki dibayar selepas hantaran pertama diterbitkan.
Untuk bulan seterusnya, bayaran dilakukan diantara 1hb-3hb pada setiap bulan.
Tingkatkan Reputasi Digital Perniagaan Dengan Servis Pengurusan Media Sosial Profesional.
Saya menawarkan servis pengurusan media sosial yang strategik dan berkesan bagi memastikan jenama perniagaan sentiasa relevan, konsisten, dan menonjol di platform digital.
Dengan gabungan kandungan kreatif, rekaan visual yang menarik, serta strategi komunikasi yang tepat, saya membantu syarikat membina hubungan lebih kukuh dengan pelanggan sasaran.
PILIHAN PAKEJ:
Pakej 1.
Urusan 2 platform (contoh: Facebook & Instagram) dengan 8 hantaran setiap bulan bagi setiap platform.
Tambahan platform hanya RM70 setiap satu.
Pakej 2.
Pengurusan penuh untuk 4 platform utama (Facebook, Instagram, TikTok & X) dengan 12 hantaran setiap bulan bagi setiap platform.
Pakej 3.
Pengurusan menyeluruh 4 platform utama dengan 15–20 hantaran sebulan untuk setiap platform, sesuai bagi perniagaan yang ingin mendominasi pasaran digital dengan lebih agresif.
Setiap pakej termasuk:
✔ Reka bentuk poster profesional atau video pendek yang dinamik.
✔ Penyediaan kandungan hantaran (copywriting) yang relevan & berimpak.
✔ Suntingan video promosi yang kreatif.
✔ Konsultasi percuma untuk strategi pemasaran digital.
Dengan kepakaran ini, jenama perniagaan bukan sekadar wujud di media sosial, tetapi mampu mempengaruhi, meluaskan capaian, dan meningkatkan daya saing di pasaran digital yang kian kompetitif.
Solusi Reka Bentuk & Digital Perniagaan Anda!
HUBUNGI SAYA: Hairul.
Email: hello@hnsfreelancer.com
© 2025. All rights reserved.

